Selasa, 14 November 2017

[ Kaki seperti mahu Lumpuh + Hampir Meroyan]
Pengalaman saya selepas bersalin anak kedua, saya mengaku saya tidak menjaga pantang dengan betul, dan ilmu berpantang sangat kurang.
Pemakanan tidak dijaga, makan macam-macam,nasilemak,bihun jadi sarapan pagi.
Saya hampir meroyan , saya lihat anak rasa geram, rasa ingin campak keluar.
Bengkung memang selalu culas, sekejap pakai, sekejap tidak.Kepala runsing, badan rasa letih sepanjang hari walaupun sudah berurut 3x diperingkat awal.
Habis sahaja pantang ,tidak berurut sengkak penutup. Saya sudah melaram, susukan anak pun saya berhentikan sendiri bukan sebab keringnya susu. Sehingga sekarang saya sangat kesal anak nombor dua saya tak susukan dengan sempurna.
Habis pantang saya sudah mula berjalan-jalan shopping compleks tapi tak boleh lama, kaki saya tak kuat. Rasa lenguh-lenguh macam orang tua walaupun masih berumur 25tahun ketika itu.
Emosi selalu terganggu, mudah marah-marah, mudah letih,runsing,hati tak tenteram saya tidak tahu apa lagi istilah meroyan. Wajah kusam tidak bermaya.Saya rasa saya sihat.
Makin hari, kaki makin sakit rasa seperti nak lumpuh. Kemudian saya ikhtiar sendiri cari Daun-daun herba dikawasan rumah arwah mak saya. Arwah mak memang pakar dengan daun -daun herba siap tanam sekeliling rumah. Jadi saya ambil genapkan 7 jenis daun herba saya cuba mandi dan bertangas daun herba sahaja.
Saya konsisten lakukan tangas daun herba tersebut setiap bulan selepas datang haid.
Alhamdulillah ,selain berurut dengan seorang yang pakar urut ketika itu di perak, dan saya konsisten bertangas, mandi herba, berurut , minum jamu alhamdulillah...keadaan saya kembali pulih....
Jadi ingin saya berpesan...pentingnya penjagaan ketika ber pantang walaupun kita berpantang sendiri...tiada lagi alasan...badan nak guna lama..suami anak2 perlukan kita .
Selepas kejadian tersebut saya pasang niat nak bantu ramai wanita yang alami masalah yang sama.Alhamdulillah ,niat saya tercapai bantu ramai wanita diluar sana,cuma niat saya selepas ini nak turunkan ilmu pada adik-adik muda yang berminat dengan ilmu perbidanan.
(Segala perkongsian hanya boleh share atau kredit keatas nama saya, tidak dibenarkan copy paste)
Umi Sarah Kamaruddin
Founder 
https://www.facebook.com/pg/ummitraditionalmassage/about/?ref=page_internal 
fb Ummi Postnatal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Yang Ditampilkan

Penjagaan Ibu Berpantang (Postnatal Care Treatments)