Selasa, 14 November 2017

[ Kaki seperti mahu Lumpuh + Hampir Meroyan]
Pengalaman saya selepas bersalin anak kedua, saya mengaku saya tidak menjaga pantang dengan betul, dan ilmu berpantang sangat kurang.
Pemakanan tidak dijaga, makan macam-macam,nasilemak,bihun jadi sarapan pagi.
Saya hampir meroyan , saya lihat anak rasa geram, rasa ingin campak keluar.
Bengkung memang selalu culas, sekejap pakai, sekejap tidak.Kepala runsing, badan rasa letih sepanjang hari walaupun sudah berurut 3x diperingkat awal.
Habis sahaja pantang ,tidak berurut sengkak penutup. Saya sudah melaram, susukan anak pun saya berhentikan sendiri bukan sebab keringnya susu. Sehingga sekarang saya sangat kesal anak nombor dua saya tak susukan dengan sempurna.
Habis pantang saya sudah mula berjalan-jalan shopping compleks tapi tak boleh lama, kaki saya tak kuat. Rasa lenguh-lenguh macam orang tua walaupun masih berumur 25tahun ketika itu.
Emosi selalu terganggu, mudah marah-marah, mudah letih,runsing,hati tak tenteram saya tidak tahu apa lagi istilah meroyan. Wajah kusam tidak bermaya.Saya rasa saya sihat.
Makin hari, kaki makin sakit rasa seperti nak lumpuh. Kemudian saya ikhtiar sendiri cari Daun-daun herba dikawasan rumah arwah mak saya. Arwah mak memang pakar dengan daun -daun herba siap tanam sekeliling rumah. Jadi saya ambil genapkan 7 jenis daun herba saya cuba mandi dan bertangas daun herba sahaja.
Saya konsisten lakukan tangas daun herba tersebut setiap bulan selepas datang haid.
Alhamdulillah ,selain berurut dengan seorang yang pakar urut ketika itu di perak, dan saya konsisten bertangas, mandi herba, berurut , minum jamu alhamdulillah...keadaan saya kembali pulih....
Jadi ingin saya berpesan...pentingnya penjagaan ketika ber pantang walaupun kita berpantang sendiri...tiada lagi alasan...badan nak guna lama..suami anak2 perlukan kita .
Selepas kejadian tersebut saya pasang niat nak bantu ramai wanita yang alami masalah yang sama.Alhamdulillah ,niat saya tercapai bantu ramai wanita diluar sana,cuma niat saya selepas ini nak turunkan ilmu pada adik-adik muda yang berminat dengan ilmu perbidanan.
(Segala perkongsian hanya boleh share atau kredit keatas nama saya, tidak dibenarkan copy paste)
Umi Sarah Kamaruddin
Founder 
https://www.facebook.com/pg/ummitraditionalmassage/about/?ref=page_internal 
fb Ummi Postnatal
Bimbang Sang Suami Makan Luar??
Ini jawapannya...
Tanda batu meriyan @ peranakan tidak mantap walaupun sudah bertahun bersalin
👉Pesakit akan merasa sakit dibahagian celah2 peha, celah 2 saraf cawan muka bawah miss v anda snediri akan merasa urat2 membengkak disitu, walaupun tukang urut hanya sekadar pegang sahaja anda sudah merasa sakit.
👉 situasi kedua...anda akan merasa cepat lenguh dibahagian peha dan tidak selesa apabila mengangkang (ketika berjimak) .
👉 sakit ketika bersama, miss v tidak grip
👉 kentut faraj
👉 lemah tenaga batin, tiada nafsu
# kekuatan sesorang dalam berjimak adalah dari urat peranakan yang cantik yakni urat batinya tidak membengkak.
(Tidak perlu share di khalayak umum, agak tidak sesuai)
(Tidak dibenarkan copy paste,sekadar pengkongsian dari pengalaman)
Petua naikkan seri Muka terutama ibu berpantang yang sudah tamat berpantang supaya tidak nampak pucat lesi.Boleh juga diamalkan sebulan 2x oleh ibu-ibu.,anak dara pun boleh bagus melancarkan peredaran darah,wajah nampak berseri-seri.
Ibu kunyit
Lada hitam
Halia
Ikan bilis
Ditumbuk sehingga lumat makan bersama nasi panas2,
Bidan dulu2 panggil nasi kepal...1 kepalan tu bidan akan selawat nabi sebelum bagi ibu pantang makan.
@ minum air rebusan inai
InsyaAllah muka berseri dan kemerahan2 .
# petua ibuku petua turun temurun.


Ummi postnatal care
Ummi tradisional spa
Group Tips Ibu berpantang bersama kak umi
Urutan Pantang
Urutan pantang agak berbeza dengan urutan tradisional  kerana langkah-langkah berjaga-jaga oleh juruurut pengalaman terhadap ibu sangat penting supaya tidak memudaratkan badan ibu .
Amalan urutan dilakukan selepas 3 hari bersalin kepada ibu bersalin normal maka ibu bersalin pembedahan paling cepat diurut pada hari ke 10 bagi memastikan jahitan ibu pulih sepenuhnya.
Urutan seeloknya selepas ibu mandi herba.
Urutan hanya dilakukan 1 kali sahaja dalam sehari.Minimum ibu diurut hendaklah 3hari berturut-turut.

Tujuan Urutan pantang;
Memberi kesegaran pada ibu
Membetulkan urat
Mempercepatkan pengeluaran darah nifas
Memulihkan badan ibu ,membuang angin meroyan
Menglancarkan susu ibu


Mandian Daun Herba/Mandi Serum
Mandian daun herba sebaikknya sebanyak 2x sehari pagi dan petang tanpa dibilas dengan air biasa.
Mandi daun selama 44 hari perlu diamalkan berterusan untuk lebih ibu sihat dan bertenaga.

Tujuan Mandian daun;
Menglancarkan peredaran darah,menyegarkan memberi tenaga pada ibu
Melembutkan urat yang tegang
Membuang angin dalam badan
Memanaskan badan ibu dan banyak lagi kebaikan



Tuaman /Bertungku
Tuaman adalah menjadi kewajiban untuk ibu amalkan sepanjang tempoh berpantang .Tuaman seeloknya menggunakan batu yang dipanaskan dibaluti dengan daun herba dan diikat dengan kain batik lama yang tidak digunakan lagi.
Tujuan:
Mengecutkan urat Rahim,urat Peranakan,Rahim
Memecahkan darah beku
Mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin
Melegakan badan selepas bersalin yang agak tenat
Memanaskan badan,membuang angin,memecah lemak



Berbengkong
Amalan Berbengkong sangat penting untuk ibu mengembalikan struktur badan ibu kepada asal,mengempiskan perut,merampingkan pinggang.
Malah mengelakkan angina masuk didalam Peranakan/Rahim.
Menaikkan ,merapatkan tulang pinggul kepada asal ,supaya tegap kembali seperti asal.
Berbengkong wajib dipakai 24 jam kecuali ke tandas atau mandi.



Pilis,param,tapel
Pilis dipakai di bahagian dahi – mengelakkan sakit kepala, angina meroyan dikepala
Param dipakai diseluruh badan – mengekalkan badan sentiasa hangat,tidak dimasuki angina
Tapel – dipakai dibahagian perut sebelum berbengkong



Rawatan bercebok

Rawatan bercebok pada peringkat awal bersalin hanya menggunakan garam kasar, @ asam keping bagi memastikan jahitan miss tidak terkena jahitan kuman yang boleh menyebabkan jahitan terbuka kembali.

Setelah jahitan sudah kering atau paling awal 2minggu selepas bersalin , bolehlah menggunakan bahan permbersih miss v seperti manjakani,sireh.

Umi Sarah Kamaruddin
Pengalaman Tradisional Melayu
Fb pages; Ummi Postnatal 
Ummi Tradisional Spa








Catatan Yang Ditampilkan

Penjagaan Ibu Berpantang (Postnatal Care Treatments)