Tempoh untuk ibu selepas berpantang mengambil masa untuk proses penyembuhan dan kembali bertenaga seperti selepas bersalin
Seperti orang tua-tua sering memberi nasihat kepada ibu-ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata, bahawa tempoh berpantang merupakan satu tempoh yang penting buat ibu muda. kerana jika tidak berpantang dengan baik kesan akan dilihat pada usia tua nanti.
Penjagaan diri selepas proses bersalin (berpantang) dapat mengembalikan semula kesihatan tubuh ibu setelah mengambil masa selama 9 bulan 10 hari atau maksimum selama 40 minggu mengandung. Apatah lagi proses mengandung dan proses bersalin memberi kesan terhadap perubahan fizikal tubuh ibu, perubahan hormon dan tahap kesihatan emosi dan mental.
Perlu ibu dan pihak suami tahu tempoh semasa bersalin ibu akan alami pelbagai kesuukaran akibat kehilangan banyak darah, menggunakan sepenuh tenaga, kudrat bagi melahirkan seorang bayi. Ibu juga perlu tidak mengabaikan soal penjagaan kesihatan diri selepas bersalin bagi memastikan luka-luka dalaman sembuh sebaiknya.
Setiap bangsa mempunyai amalan dan adat berpantang yang berbeza-beza.
Bagi masyarakat melayu, amalan berpantang sejak turun temurun lagi, sejak dari zaman datuk nenek kita lagi. Tempoh berpantang bagi masyarakat melayu lazimnya selama 40 hari atau 44 hari.
Bagi masyarakat berbangsa cina biasanya tempoh berpantang adalah selama satu bulan iaitu mulai dari tarikh kelahiran bayi.
Bagi masyarakat berbangsa India pula ia antara 30 hingga 40 hari tempoh berpantang dan ada juga yang bergantung kepada daerah asal keluarga di India. Ini bermakna setiap bangsa memiliki amalan dan adat berpantang masing-masing untuk fasa penyembuhan selepas bersalin.
LOKASI JAJAHAN : KUALA LUMPUR,SELANGOR,NGSEMBILAN,SEGAMAT JOHOR
www.wasap.my/60176376146
Tiada ulasan:
Catat Ulasan