Rabu, 23 November 2016

Kenangan Bersama Pelanggan




Pakej Pantang 2017







RAWATAN SEMASA DALAM PANTANG
===============================
Kaedah Rawatan bagi Ibu Dalam Pantang Bersalin

Dipetik dari buku ‘Ensiklopedia Perbidanan Melayu-Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan dan Penjagaan Kesihatan ‘ oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah

Aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ni terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. Tidak dinafikan amalan ini agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan.
Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.
Berikut adalah amalan-amalan ketika dalam pantang yang perlu dilakukan ketika berpantang.

Amalan Ubat Periuk
Minum ramuan ubat periuk adalah bagi membantu mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor. Ini adalah untuk membersihkan, menyegarkan dan mengembalikan fungsi rahim di samping melawaskan sistem perkumuhan dan membantu pembuangan lemak berlebihan. Ia juga dapat memulih tenaga sekaligus dapat mengembalikan kesihatan serta kecantikan.

Amalan Herba untuk Kerapian Bahagian Sulit
Selepas mengambil ubat bersalin selama 44 hari, ibu-ibu disyorkan mengambil rumusan herba untuk kerapian bahagian alat sulit sehingga 100 hari. Diambil sebagai amalan harian sebelum sarapan pagi untuk merapikan dan merapatkan otot saluran faraj serta menguatkan mulut rahim .

Rawatan Bertuam
Bertuam dilakukan selama 2 minggu pertama selepas bersalin dengan menggunakan batu sungai atau batu tanah liat. Rahim tidak boleh ditekan, hanya dituam. Tujuannya adalah untuk membantu mengecutkannya dengan mengeluarkan darah bantal dan angin toksin.

Rawatan Bertungku
Bertungku dilakukan selepas 2 minggu sehingga 44 hari ketika tempoh berpantang. tekan perlahan-lahan sehingga tenggelam sedikit tungku. Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang. Kemudian ke cawan peha dan berakhir di tundun. Buat berulang kali selama setengah jam. Dan akhiri di peha, celahan peha, lutut, kaki dan tapak kaki.

Bertungku selepas 44 hari. Bolehlah menekan dan mencungkil peranakan. Perlu dapatkan mereka yang mahir jik atidak akan menyebabkan peranakan lari atau tidak kembali ke asal. Jika tiada mereka yang mahir bolehlah memakai bengkung sahaja.

Mandian Ibu Bersalin

Selepas bertuam, teruskan mandi dengan air rebusan herba ke seluruh badan dari leher ke bawah secara perlahan-lahan. Ini adalah supaya air meresap ke liang roma. Dilarang membasuh rambut dengan air panas atau air rebusan herba yang panas bagi mengelakan sakit kepala atau rambut gugur. Gunakan air biasa.

Rawatan Urutan Tradisional
Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.
Dilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jair-jemari.

Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim.

Rawatan Berlulur
Boleh dibuat sebelum atau selepas mandi iaitu dengan mengosok anggota badan bagi mengeluarkan daki serta sel mati. Lulur akan meresapi pori-pori dan menghindari kemasukan angin sejuk yang mengakibatkan kebas, bisa otot, sendi dan urat saraf.

Rawatan Berbengkung
Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna. Bengkung perlulah panjang dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul. Jika pendek ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar.

Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.

Rawatan Mandi Wap atau Bertangas
Dilakukan selepas hari ke-30 iaitu selepas darah nifas kering. Tujuannya adalah untuk mengaktifkan pengeluaran peluh sebagai rawatan pengenyahkan racun di badan. Serta membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan peranakan. Ini dapat menghidari penyakit puan.

Rawatan Ukup Wangi
Dilakukan selepas 40 hari sehingga 100 hari. Tujuannya adalah untuk menghilangkan bau herba dan rempah ratus yang menyerap ke badan selepas rawatan bertangas dan wandi wap di peringkat awal.
Senaman Kemutan Otot Rahim

Dilakukan ketika rawatan bertangas dan ukup wangi. Senaman dibuat dengan cara tarikan nafas dari ari-ari naik ke dada sambil mengemut saluran faraj seperti tahan kencing dan kemut dubur seperti tahan kentut atau najis. Wap herba akan disedut masuk ke faraj. Pergerakan otot dalaman dapat membantu mempercepatkan pengeluaran sisa toksin dan memperkemaskan kesihatan serta kedudukan rahim.

Darah Nifas
Selepas bersalin ciri keluar seperti darah haid tetapi berwarna kehitaman pekat, berlendir serta berkepingan dan berbau hanyir/busuk. Keluar bersama-sama darah bantal (darah yang terkumpul di dalam rahim melekat dengan uri) sedikit demi sedikit sehingga 2 minggu. Kemudian berkurangan ke sederhana cair sehingga berdebu kehitaman/coklat. Dan akhirnya kelaur cecair kekuningan.

#penjagaanpantang
#rawatanpantang
#pakarurutantradisioanal
#perbidananmelayulama
#kakbidan
whatsapp 0176376146
❇❇❇❇❇❇❇❇❇
APA ITU RAHIM KEMBANG

Apakah yang dimaksudkan dengan “RAHIM KEMBANG?”. Kebanyakan wanita tak sedar yang rahim mereka kembang.
Berikut adalah tanda-tanda rahim kembang:
– Banyak keputihan keluar daripada kemaluan
– Kemaluan berair
– Seluar dalam sentiasa dalam keadaan basah
– Perut selalu terasa kejang
– Period tidak menentu
– Perut buncit
– Sakit ketika melakukan hubungan dengan suami
– Tumit kaki sakit
– Kerap terkencing
– Keluar air daripada kemaluan setiap kali terbatuk/bersin
Punca rahim kembang ialah:
– Kerap minum ais
– Banyak mengambil makanan yang sejuk seperti sayur kangkung, kacang panjang, makanan bermalam
– Apabila keguguran kandungan, wanita tidak berpantang dengan baik
– Tidak berpantang dengan sempurna selepas melahirkan anak
Akibat daripada rahim kembang ini ialah suami tidak mendapat kenikmatan ketika bersama dengan isteri dan peluang untuk hamil juga rendah. Jadi apa yang perlu dibuat jika doktor sahkan anda mempunyai rahim kembang?
Rawatan Rahim Kembang:
- bertangas
– Elakkan daripda minum ais dan makanan sejuk
– Elakkan diri dari penyaman udara dan kipas angin dari terkena kaki. (Pakai stokin)
– Makan jamu atau herba
– Buat senaman kemut utk kuatkn otot.
– Buat senaman seperti “Anda baring tetapi kaki dan punggung sandarkan kepada diding, angkat punggung beberapa kali”
– Pakai korset. Corset sebenarnya dapat meletakkan rahim di tempat yang betul. Sebab itu semasa dalam pantang digalakkan supaya memakai bengkung.
– Bertungku. Bagus untuk melancarkan darah & mengecutkan rahim yang kembang.
- menggunakan feminine wash yang sesuai
#rawatrahim
#sabunmanjakani
#urutsengkak
#perundingpantang
#pakejpantang

Sejarah ilmu perbidanan Kaum Hawa
Sejarah Perbidanan Siti Hawa RA

Dari Nabi Adam AS, ilmu perubatan dan ilmu perbidanan bermula dan dituruti oleh manusia sejagat. Ilmu perbidanan juga diperkenalkan oleh Nabi Adam AS dan di amalkan oleh isteri baginda Siti Hawa RA. Siti Hawa adalah merupakan pakar dalam penjagaan ibu bersalin dan sememangnya perawatannya amat berkesan dalam memelihara kesihatan dan kecantikan kaum hawa agar kembali perawan, di samping menjaga dan menjamin kesuburan seseorang wanita itu. Qisas al anbiya, tulisan Muhammad ibn Abdallah al kisai, meriwayatkan bahawa Siti Hawa telah melahirkan anak kembar sebanyak 120 kali, dan setiap kelahiran ialah kembar lelaki dan perempuan. Pada kehamilan pertama dan kedua, Siti Hawa mengalami keguguran pada bulan kelapan. Pada kehamilan ketiga, baginda melahirkan anak lelaki dengan selamat, tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian. Hanya pada kehamilan keempat, Siti Hawa berjaya melahirkan kembar dengan selamat sehinggalah sehingga kembar kedua puluh. Selepas itu, barulah Siti Hawa melahirkan Qabil dan adik perempuannya Aklima, dan kemudiannya Habil dan adik perempuannya Labuda.

Bagi mengembalikan tenaga, memulihkan pengaliran darah, memperbanyakkan susu dan mengimbangi hormon selepas bersalin, Siti Hawa mengamalkan rumusan rempah ratus seperti Jintan Hitam (Habbatus sauda), koma-koma (Zaffran) serta madu lebah arab bersama minyak yang diperbuat daripada susu dan lemak kambing. Susu kambing menjadi sumber minuman harian yang berkhasiat untuk kesihatan badan sejak dari zaman Nabi Adam AS lagi. Hari ini, walaupun telah digunakan sejak berkurun lamanya, kehebatan susu kambing baru sahaja di sebarkan.

Siti Hawa sangat prihatin terhadap penjagaan diri sebagai seorang wanita dan isteri kepada Nabi Adam AS. Baginda mengamalkan pengambilan air rebusan herba yang terdiri daripada campuran daun inai, jintan hitam dan murul habsyi (Kemenyan arab yang berwarna merah) bagi mencuci darah supaya tidak berbau dan melancarkan dengan sempurna pengaliran darah nifas. Sebagai ubat cebok, bagi mempercepatkan penyembuhan alat sulit agar kembali segar dan rapi, Siti Hawa merebus rumusan daun inai, jintan hitam, garam dan getah narokam (kemenyan arab yang berwarna kuning kekuningan)

Dan bagi melembutkan urat yang tegang selepas bersalin dan mengecutkan peranakan, Nabi Adam AS menyediakan minyak berubat sebagai minyak urut. Minyak tersebut juga digunakan sebagai sapuan di alat sulit yang bersifat antiseptik bagi menyembuhkan luka-luka bersalin. Minyak berubat itu mengandungi daun reminggu yang mempunyai khasiat tannin dan balsamic untuk kesihatan kulit dan tisu badan. Daun reminggu segar dimasak bersama lemak unta, koma-koma,jintan hitam dan daun inai. Kemudiannya, di campurkan dengan minyak kayu putih (eucalyptus) yang bertindak sebagai bahan mentol. Bahannya yang lain adalah sarang lebah.

Dengan menggunakan minyak tersebut juga, Nabi Adam AS memperkenalkan rawatan bertangas dengan batu bukit. Batu itu dibakar sehingga betul-betul panas dan ditabur dengan halba dan jintan hitam sebelum di balut dengan kain. Siti Hawa akan di sapukan minyak berubat seluruh badan, termasuklah alat sulitnya sebelum didudukan di atas batu panas tersebut. Selepas bertangas, Siti Hawa akan menyapu minyak yang di campurkan bersama sarang lebah ke bahagian alat sulitnya.

Info : EnsiklopediaPerbidananMelayu

Catatan Yang Ditampilkan

Penjagaan Ibu Berpantang (Postnatal Care Treatments)